PROSEDUR KEMASUKAN

RAWATAN DAN KEMASUKAN PESAKIT KE WAD

Rawatan awal pesakit di Hospital Tanjung Karang dijalankan di:

Unit Kecemasan dan Trauma

Unit berfungsi memberi rawatan kepada Kes Kecemasan dan Trauma.

  •  Pesakit perlu mendaftar di Kaunter Pendaftaran Unit Kecemasan dan Trauma.
  •  Sila sertakan Surat Rujukan (sekiranya berkaitan).
  •  Kad pengenalan/Pasport/Surat Beranak/Kad Pesara diperlukan bagi memudahkan proses pendaftaran. Maklumat diperlukan semasa pendaftaran ini termasuklah nama, alamat, nombor telefon, nama waris dan sebagainya.
  •  Bayaran akan dikenakan iaitu RM1.00 (Warganegara) dan RM 100.00 (Bukan Warganegara). Sila maklumkan sekiranya anda Penjawat Awam.
  •  Pesakit akan disaring di Kaunter Saringan, pemeriksaan saringan akan dilakukan termasuk pengambilan tekanan darah, suhu, kadar pernafasan dan sebagainya.
  •  Selepas itu, pesakit haruslah menunggu di tempat menunggu yang telah disediakan.
  •  Sila tunggu giliran anda dengan sabar. Anda akan dirawat mengikut kadar seriusnya penyakit yang anda hadapi.

Unit Pesakit Luar

Unit berfungsi memberi rawatan kepada Kes bukan kecemasan

  •  Pesakit perlu mendaftar di Kaunter Pendaftaran Unit Pesakit Luar.
  •  Sila sertakan Surat Rujukan (sekiranya berkaitan).
  •  Kad pengenalan/Pasport/Surat Beranak/Kad Pesara diperlukan bagi memudahkan proses pendaftaran.Maklumat diperlukan semasa pendaftaran ini termasuklah nama, alamat, nombor telefon, nama waris dan sebagainya.
  •  Bayaran akan dikenakan iaitu RM1.00 (Warganegara) dan RM 40.00(Bukan Warganegara). Sila maklumkan sekiranya anda penjawatan awam.
  •  Pesakit akan disaring di Balik Saringan. Pemeriksaan Saringan akan dilakukan termasuk pengambilan tekanan darah, suhu, kadar pernafasan dan sebagainya.
  •  Selepas itu, pesakit haruslah menunggu di tempat menunggu yang telah disediakan.
  • Sila tunggu giliran anda dengan sabar sehingga nombor giliran anda dipanggil.

Klinik Pakar

Unit berfungsi memberi rawatan kepada Kes Bukan Kecemasan.

  •  Pesakit perlu mendaftar di Kaunter Pendaftaran Klinik Pakar.
  •  Sila sertakan Surat Rujukan dan Kad Temujanji (sekiranya ada)
  •  Kad pengenalan/Pasport/Surat Beranak/Kad Pesara diperlukan bagi memudahkan proses pendaftaran.Maklumat diperlukan semasa pendaftaran ini termasuklah nama, alamat, nombor telefon, nama waris dan sebagainya.
  •  Bayaran akan dikenakan iaitu RM5.00 (Warganegara) dan RM 120.00(Bukan Warganegara). Sila maklumkan sekiranya anda penjawatan awam.
  •  Pesakit akan disaring di Bilik Saringan. Pemeriksaan saringan akan dilakukan termasuk pengambilan tekanan darah, suhu, kadar pernafasan dan sebagainya.
  •  Selepas itu, pesakit haruslah menunggu di tempat menunggu yang telah disediakan.
  •  Sila tunggu giliran dengan sabar sehingga nama anda dipanggil.

Wad Bersalin (Wad 3)

Bagi kes-kes hendak bersalin anda hendaklah terus ke Wad 3.

Sekiranya anda diarahkan oleh Pegawai Perubatan untuk dimasukkan ke dalam Wad dari Unit/Wad yang dinyatakan. Berikut adalah langkah-langkah perlu diambil

  • Mendaftar di Unit Hasil(waktu pejabat) dan sekiranya diluar waktu pejabat di Kaunter Pendaftaran Unit Kecemasan. Sila maklumkan sekiranya anda Penjawat Awam.
  • Dokumen -dokumen yang diperlukan adalah
    • Borang Rujukan Masuk Wad
    • Kad Pengenalan/Pasport atau Surat Beranak
    • Kad Pesara(jika berkenaan)
    • Surat Sekolah (jika berkenaan)
    • Surat Jaminan/Guarantee Letter(jika berkenaan)
  • Maklumat diperlukan semasa pendaftaran ini termasuklah nama, alamat, nombor telefon, nama waris dan sebagainya.
  • Wang Deposit bagi kemasukkan ke Wad akan dikenakan sekiranya berkaitan.
  • Kembalikan dokumen yang diberikan kepada Unit dimana pesakit sedang dirawat.
  • Sila tunggu sehingga pesakit diuruskan oleh anggota bertugas bagi kemasukkan ke Wad