HOSPITAL MESRA IBADAh                                                                                                       

Program HMI merupakan hasrat Ybhg KPK Malaysia. Bermula dengan pelancaran Bahan Pendidikan Ibadah Pesakit pada 25 Februari 2014. Ia merupakan satu program penerapan dan penghayatan nilai-nilai Islam di hospital merangkumi pengurusan ibadah pesakit, penghayatan nilai-nilai Islam dalam melaksanakan tugas harian dan khidmat nasihat kerohanian. HMI adalah satu platform kerjasama strategik antara KKM, JAKIM, Majlis dan Jabatan Agama Islam Negeri ke arah mencapai piawaian indeks syariah dalam bidang kesihatan selaras dengan saranan YAB Perdana Menteri melalui pelancaran indeks syariah Malaysia. Majlis & Jabatan Agama Islam Negeri telah mula menempatkan Pegawai Agama (bukan pegawai kader) di beberapa buah hospital KKM bermula tahun 2000. Manakala JAKIM telah menempatkan Pegawai Agama kader di hospital KKM bermula tahun 2008. Pada masa ini terdapat lebih 60 orang Pegawai Agama di sekurang-kurangnya 55 buah hospital KKM.

OBJEKTIF

  1. Memberi pendedahan (awareness) kepada anggota berkenaan Program Hospital Mesra Ibadah.
  2. Memastikan anggota hospital mendapat latihan dan pendedahan asas mengenai fiqh ibadah serta nilai-nilai Islam dalam menjalankan tugas.
  3. Meningkatkan pengetahuan anggota bagi memastikan pesakit muslim dan waris menerima bimbingan yang betul dalam melaksanakan ibadah serta amalan keagamaan semasa berada di Hospital.

 MISI

Berusaha mengintegrasikan rawatan fizikal, psikososial, mental dan rohani

 VISI

Menjadikan esok lebih baik dari hari ini.