LATAR BELAKANG HOSPITAL TANJUNG KARANG

LATAR BELAKANG HOSPITAL TANJUNG KARANG

  •  Hospital Tanjung Karang terletak di dalam Daerah Kuala Selangor dan berada di bawah Majlis Daerah Kuala Selangor.
  •  Hospital Tanjung Karang dibina pada tahun 1961 dan siap pada tahun 1965. Namun yang demikian, fasa akhir pembinaan hospital ini siap sepenuhnya pada awal     tahun 1966. Kos pembinaannya adalah sebanyak RM1.73 juta. Hospital ini dibuka secara rasminya oleh Sultan Selangor, DYMM Sultan Abdul Aziz Shah Ibni   Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah Al-Haj pada 22 September 1966.
  •  Hospital ini memulakan operasinya hanya dengan 50 buah katil sahaja, tetapi oleh kerana peningkatan keperluan katil pesakit , ianya telah ditambah kepada 75   buah dalam tahun 1974. Pada tahun 1980 ianya telah ditambah kepada 103 katil dan seterusnya pada 1982 ditambah kepada 114 katil sehinggalah sekarang.
  •  Hospital Tanjung Karang terletak di tapak berkeluasan 10 ekar (46,865 meter persegi).
  •  Di bawah Rolling Plan Ketiga (RP3) Rancangan Malaysia Ke-Sepuluh (RMK-10) Projek Pembinaan Hospital Baru Tanjung Karang ini telah diluluskan.
  •  Tapak Hospital Baru Tanjung Karang terletak  6.5 km dari hospital sedia ada berkeluasan 40 ekar di Sungai Terap, Mukim Ujung permatang.