VISI & MISI

VISI
Untuk menyediakan perkhidmatan perubatan yang selamat, mesra pelanggan dan diuruskan secara profesional.

MISI
Memberikan perkhidmatan secara profesional mengikut piawaian etika perubatan.
Memastikan keselamatan pesakit diutamakan sepanjang perkhidmatan perawatan diberikan.
Berinteraksi dan berkerjasama dengan komuniti untuk meningkatkan tahap kesihatan.

OBJEKTIF
Menyediakan Perkhidmatan perubatan ynag selamat, berkualiti secara menyeluruh dengan menggunakan perkhidmatan yang sedia ada.
Memastikan perkhidmatan diberikan mematuhi garis panduan yang ditetapkan.
Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran anggota melalui program perkembangan profesional yang berterusan.
Mengambil bahagian dalam penyelidikan untuk meningkatkan kualiti dalam perkhidmatan penjagaan pesakit.
Menyediakan persekitaran yang selamat dan selesa kepada pelanggan dan wargakerja.

PIAGAM PELANGGAN
Kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan secara profesional, berkualiti, selamat, mesra dan penyanyang.
1. Keutamaan kami adalah memastikan setiap aduan pelanggan yang diterima diberi maklumbalas awal dalam tempoh 1 hari berkerja dari tarikh aduan diterima.
2. Semua pesakit yang ditakrifkan oleh Malaysia Triage Category (MTC) sebagai kes MERAH akan dirawat oleh pegawai perubatan di Jabatan Kecemasan Hospital dengan   serta merta.
3. Perkhidmatan Klinik Pesakit Luar dan Klinik Pakar akan diberikan mengikut giliran dan/atau keadaan pesakit. Keutamaan akan diberikan kepada kanak-kanak, ibu hamil,     warga emas dan orang kurang upaya.
4. Setiap pesakit yang memerlukan rawatan khusus yang tidak terdapat di hospital ini akan dirujuk ke hospital lain yang mempunyai kepakaran yang diperlukan.
5. Sekurang-kurangnya 90% laporan perubatan perlu disediakan dalam tempoh yang ditetapkan iaitu :- 2 minggu.
6. Maklumat akan diberikan kepada perlanggan berkenaan penyakit dan perawatan.
7. Kerahsiaan maklumat peribadi, penyakit dan perawatan yang diberikan kepada pesakit adalah dijamin.
8. Kemudahan dan persekitaran yang bersih, selesa dan selamat.