PESAKIT LUAR DAN PAKAR

 

 PIAGAM PELANGGAN

"Kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan secara professional,selamat,mesra,penyayang dan berkualiti".          

 PERKHIDMATAN                                                                                     

  • Klinik Pesakit Luar mengendalikan kes biasa (Walk in) dan kes lawatan susulan
  • Anggota perlu memberi perkhidmatan berdasarkan piagam pelanggan, objektif kualiti dan mematuhi prosedur yang telah ditetapkan
  • Sistem temujanji dan panggilan Pemeriksaan/Konsultasi.
  • Klinik Pesakit Luar dikendalikan oleh Pegawai Perubatan Hospital
  • Pesakit akan disaring oleh Paramedik sebelum diperiksa oleh Pegawai Perubatan.
  • Dokumentasi penjagaan klinikal dengan lengkap di Kad Pesakit Luar dan mematuhi Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan 17/2010
  • Penjadualan, pembatalan dan kegagalan kehadiran (defaulter)
  • Extended Clinic (LOCUM), dibuka pada hari isnin hingga jumaat (6 petang-10 malam), manakala sabtu ahad dan kelepasan Am dibuka dari jam 9 pagi- 10 malam.
  • Perkhidmatan Unit Pesakit Luar akan diberikan mengikut giliran dan/atau keadaan pesakit
  • Keutamaan akan diberikan kepada kanak-kanak di bawah umur dua tahun,ibu hamil yang berkomplikasi,warga emas ( 60 tahun ke atas) dan orang-orang kurang upaya ( berdaftar ) serta pesara mengikut nombor yang diberikan.                                                                                                                                          
  • Pelanggan diberikan perkhidmatan secepat mungkin iaitu:-

                 (a)   Rawatan awal saringan akan dibuat dalam masa 30 minit selepas pendaftaran dilakukan. 

                 (b)  Pesakit akan mendapat rawatan Pegawai Perubatan dalam masa 90 minit selepas saringan                      

  • Maklumat akan diberikan kepada pelanggan berkenaan penyakit dan perawatan.
  • Kerahsiaan maklumat peribadi,penyakit dan perawatan yang diberikan kepada pesakit adalah terjamin.

Kemudahan dan persekitanan yang bersih,selesa dan selamat disediakan.          

WAKTU OPERASI

Isnin – Jumaat

8.00 Pagi - 5.00 Petang

Cuti Am dan Umum (Locum)

9.00 Pagi - 2.00 Petang

2.00 Petang - 6.00 Petang

6.00 Petang -10.00 Malam

 

KLINIK PAKAR

   

PIAGAM PELANGGAN

"Kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan secara professional.selamat.mesra penyayang dan berkualiti".

  • Perkhidmatan Klinik Pakar akan diberikan mengikut giliran berdasarkan masa temujanji yang telah ditetapkan kecuali dalam kes-kes tertentu sahaja.
  • Pelanggan diberikan perkhidmatan secepat mungkin iaitu:-
    • Pesakit akan mendapat rawatan Pegawai Perubatan/Pakar dalam masa 90 minit daripada masa temujanji yang ditetapkan.                                                                                                
  • Maklumat akan diberikan kepada pelanggan berkenaan penyakit dan perawatan.
  • Kerahsiaan maklumat peribadi,penyakit dan perawatan yang diberikan kepada pesakit adalan terjamin.
  • Kemudahan dan persekitaran yang bersih,selesa dan selamat disediakan.

PERKHIDMATAN

  • Klinik Pakar mengendalikan kes yang memerlukan kepakaran dan susulan.
  • Anggota perlu memberi perkhidmatan berdasarkan piagam pelanggan,objektif kualiti dan mematuhi prosedur yang telah ditetapkan.
  • Sistem temujanji adalah melalui tarikh dan masa temujanji berserta surat rujukan.   
  • Klinik Pakar dikendalikan oleh Pakar Lawatan dengan bantuan oleh Pegawai Perubatan Hospital                                                                                                                                                      
  • Penjadualan, pembatalan dan kegagalan kehadiran (defaulter)       
  • Bilik Konsultasi dan pemeriksaan adalah gunasama dimana Pakar Lawatan mengendalikan Klinik mengikut jadual yang ditetapkan.
WAKTU OPERASI
Isnin - Jumaat 8.00 am - 5.00 pm
 
SENARAI HARI KLINIK PAKAR
ISNIN O&G    (Setiap Minggu)
MATA  (Minggu ke 1)
ENT    (Minggu ke 4)
SELASA KLINIK PPC (Minggu ke 1 & 3)
PAEDS (Minggu ke 2 & 4)
RABU DIETITIAN (Minggu ke 1 & 3)
PSY     (Minggu ke 2 & 4)
KHAMIS MOPD (Setiap Minggu)
JUMAAT ORTHOPEDIK (Minggu ke 2&4)
   
ECHO- SETIAP SELASA-KHAMIS