DIETETIK DAN SAJIAN

     

PIAGAM PELANGGAN

  • Semua pelanggan adalah berhak mendapat khidmat seperti berikut
  • Pesakit dalam yang dirujuk kepada pegawai dietetik akan diberi sokongan pemakanan / kaunseling diet dalam tempoh 24 jam (hari bekerja)
  • Semua maklumat pesakit adalah dirahsiakan
  • Memastikan makanan yang dihidangkan kepada pesakit adalah seimbang serta menepati piawaian kualiti yang ditetapkan.
  • Memastikan hidangan diagihkan kepada pihak wad mengikut waktu ditetapkan.

Perkhidmatan Dietetik : -

  • Memberi perkhidmatan nasihat pemakanan klinikal bagi meningkatkan status pemakanan pesakit untuk membantu penyembuhan penyakit. Perkhidmatan Dietetik terdiri daripada :-
  1. Konsultasi Diet individu
  2. Sokongan Pemakanan Enteral  
  3. Pendidikan Pemakanan Berkumpulan                                                                                                         

Perkhidmatan Sajian                                               

  • Menyediakan makanan yang sesuai, seimbang serta selamat kepada pesakit untuk melengkapkan rawatan perubatan. Perkhidmatan Sajian merangkumi aspek :-
  1. Pengurusan Pesanan Diet, Perolehan  Bahan Makanan Mentah Dan Pengurusan Stok Makanan Kering                                                 
  2. Penyediaan Makanan kepada pesakit di wad, HDU, pengiring anak dan doktor yang bertugas atas panggilan.                                                                                                                                     

                    Sarapan Pagi  - 7.30 - 8.00 pagi

                    Makan Tengahari  - 11.30 - 12.00 tengahari

                    Minum Petang  - 2.30 - 3.00 petang

                    Makan Malam  - 5.00 - 5.30 petang           

Pegawai perubatan bertugas atas panggilan akan dibekalkan makanan mengikut kelayakan ditetapkan berdasarkan pekeliling Kementerian Kesihatan Malaysia.

WAKTU OPERASI

7.00 pagi hingga 6.00 petang